SELAMAT DATANG KE PELAJARAN SEKOLAH SABAT DEWASA. SILA PELAJARI PELAJARAN HARI INI DENGAN PENUH SUKACITA. TUHAN MEMBERKATI.

Ahad, 21 April 2013

Ahad: Kejahatan Terhadap Kemanusiaan

Sila baca Amos 1 dan 2. Mengapakah Tuhan memperingatkan bahawa penghukuman akan tiba?

Dua pasal pertama dalam buku Amos mengandungi tujuh nubuatan terhadap negara-negara yang berdekatan, yang diikuti oleh nubuatan terhadap Israel. Bangsa-bangsa asing tidak dihakimi oleh kerana mereka adalah musuh Israel tetapi kerana pelanggaran-pelanggaran mereka terhadap prinsip-prinsip kemanusiaan. Dua hal menonjol dalam kutukan Amos: Hilangnya kesetiaan dan hilangnya belas kasihan.


Contohnya, Tirus memimpin kota perdagangan yang terletak di pesisir Mediterania di sebelah utara Israel. Kerana benteng pulau mereka hampir tidak boleh ditembus, mereka membual kerana keamanan itu. Malah, para pemimpin Tirus membuat perjanjian damai dengan bangsa-bangsa sekitar mereka, seperti Filistin. Kota itu bersekutu dengan Israel melalui “perjanjian persaudaraan” selama pemerintahan Daud dan Salomo (1Raja. 5:1,12) dan bahkan raja Ahab (1 Raja. 16:30,31). Tidaklah mengejutkan untuk membaca 1 Raja-raja 9:13 bahawa Hiram, Raja Tirus, menyebut Salomo “Saudaraku.”

Namun, bangsa Tirus telah melanggar “perjanjian persaudaraan”. Tirus tidak dikutuk oleh kerana membawa tawanan, tetapi kerana menyerahkan mereka kepada musuh Israel, iaitu bangsa Edom. Oleh sebab itu, orang-orang Tirus bertanggung jawab terhadap kekejaman penderitaan yang dialami oleh tawanan ini di tangan musuh-musuh mereka. Dalam pandangan Tuhan, seseorang yang membantu dan mendukung kejahatan sama bersalahnya dengan orang yang melakukan itu.

Kerana Tuhan berkuasa atas semuanya, dia memegang masa depan dari semua bangsa di dalam tanganNya. Dia memiliki tujuan dan perhatian yang jauh melampaui perbatasan Israel. Tuhan Israel adalah Tuhan semua bangsa; semua sejarah manusia dalam perhatiannya. Dia adalah Tuhan Pencipta, yang memberi kehidupan untuk semua, dan semua bertanggung jawab kepadaNya.

Siapakah di antara kita tidak dipenuhi penderitaan ketika melihat ketidakadilan yang tidak masuk akal? Ketika tidak ada Tuhan, harapan keadilan apakah yang kita miliki untuk kita lakukan? Apakah janji, yang ditemukan di seluruh Alkitab, tentang Tuhan membawa keadilan dan pengadilan kepada dunia bererti untukmu? Bagaimanakah kita belajar untuk bergantung kepada janji di tengah-tengah semua ketidakadilan yang kita lihat sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...