SELAMAT DATANG KE PELAJARAN SEKOLAH SABAT DEWASA. SILA PELAJARI PELAJARAN HARI INI DENGAN PENUH SUKACITA. TUHAN MEMBERKATI.

Sabtu, 27 April 2013

Sabat: Carilah Tuhan dan Kamu Akan Hidup! (Amos)

SILA BACA UNTUK PELAJARAN MINGGU INI: 
Amos 5:1-15; Ibr. 5:14; Yesaya 5:20; Amos 7:10-17; 9:11-15; Kisah 15:13-18.

Ayat Hafalan: “Carilah yang baik dan jangan yang jahat, supaya kamu hidup; dengan demikian TUHAN, Tuhan semesta alam, akan menyertai kamu, seperti yang kamu katakan” (Amos 5:24).

Intipati: Amos mengingatkan kita bahawa hanya dalam mencari Tuhan ada kehidupan.

Sekiranya bangsa Israel sudah setia kepada Tuhan, sudah tentu Tuhan akan dapat melaksanakan rencanaNya oleh kehormatan dan kemuliaan mereka. Sekiranya mereka sudah berjalan pada jalan-jalan penurutan, sudah tentu Dia akan mengangkat mereka “di atas segala bangsa yang telah dijadikanNya untuk menjadi terpuji, ternama dan terhormat.” “Segala bangsa yang di dalam dunia,” kata Musa, “akan melihat bahawa nama Tuhan telah disebut atasmu, dan mereka akan takut kepadamu”. “Waktu mendengar segala ketetapan ini akan berkata: Memang bangsa yang besar ini adalah umat yang bijaksana dan berakal budi.” Ulangan 26:19; 28:20; 4:6. Akan tetapi kerana mereka tidak setia, maka maksud Tuhan dapat dilaksanakan hanya dengan kesusahan yang tiada habis-habisnya. —Ellen G. White, Alfa dan Omega, Vol. 5, hal. 24.


Minggu ini, sementara kita melanjutkan untuk mempelajari buku Amos, kita akan melihat lebih banyak lagi cara Tuhan dalam hal meminta kepada umat-umatNya untuk mengesampingkan dosa-dosanya dan kembali kepadaNya, satu-satunya sumber kehidupan yang sebenar. Pada akhirnya, kita hanya memiliki satu dari dua pilihan: hidup atau mati. Amos menunjukkan pada kita sedikit hal lagi tentang perbezaan yang kuat di antara dua pilihan ini.

*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 4 Mei;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...