SELAMAT DATANG KE PELAJARAN SEKOLAH SABAT DEWASA. SILA PELAJARI PELAJARAN HARI INI DENGAN PENUH SUKACITA. TUHAN MEMBERKATI.

Sabtu, 22 Jun 2013

22 Jun: Sabat Petang: Agar Kita Tidak Lupa! (Maleakhi)

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: 


Ayat Hafalan:
"Sebab dari terbitnya sampai kepada terbenamnya matahari nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa, dan di setiap tempat dibakar dan dipersembahkan korban bagi nama-Ku dan juga korban sajian yang tahir; sebab nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa, firman TUHAN semesta alam." (Maleakhi 1:11).

Intipati: 
Maleakhi mengajar kita tentang luasnya komitmen Tuhan kepada umatNya tetapi juga menunjukkan kepada
tanggungjawab kudus mereka.

Nama Maleakhi membawa maksud utusanku. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang dia, kecuali apa yang dapat kita kutip dari kitabnya yang pendek, yang membawa seksyen Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Nabi-nabi Kecil (atau Buku Dua Belas itu) ke penghujungnya. Kitab ini juga merupakan yang terakhir dalam Perjanjian Lama.

Mesej utama Maleakhi adalah ketika Tuhan menunjukkan kasihNya kepada umatNya pada sepanjang sejarah mereka, kasih itu juga membuatkan umatNya bertanggungjawab terhadap Tuhan. Tuhan mengharapkan bangsa yang terpilih itu dan pemimpinnya menuruti perintahNya. Walaupun pemujaan berhala secara terbuka nampaknya telah hilang (kitab ini kelihatan seperti ditulis untuk orang Yahudi yang telah kembali dari tawanan di Babilon), namun bangsa ini tidak hidup seperti yang diharapkan dalam perjanjian. Walaupun mereka menjalani pemeliharaan agama, tetapi ianya adalah formalisma kering tanpa ketulusan hati.
Semoga kita sebagai gereja mengambil ikhtibar!

*Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 29 Jun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...