SELAMAT DATANG KE PELAJARAN SEKOLAH SABAT DEWASA. SILA PELAJARI PELAJARAN HARI INI DENGAN PENUH SUKACITA. TUHAN MEMBERKATI.

Sabtu, 8 Jun 2013

Sabat Petang: Penglihatan Pengharapan (Zakharia)

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: 
Zakharia 1, 2, Roma 15:9-18, Efesus 3:1-8, Zakharia 3, 4, Keluaran 25:31-40, Zakharia 7.


Ayat Hafalan: 
“Pada hari itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, setiap orang dari padamu akan mengundang temannya duduk di bawah pohon anggur dan di bawah pohon ara“ (Zakharia 3:10).

Intipati: 
Walaupun Israel telah dihukum kerana dosa-dosanya, telah tiba masanya untuk hidup sekali lagi dalam hubungan dengan Tuhan sesuai dengan janji-janjiNya.

Pada dinding sebuah istana tua di Eropah tengah terdapat inskripsi Latin yang pendek berbunyi: “Dum spiro, spero!” Ia bermaksud, “Selagi saya bernafas, saya mempunyai harapan!” Ungkapan ini boleh merumuskan perkhabaran Zakharia kepada umat Tuhan. Hampir dua puluh tahun selepas kepulangan mereka dari penawanan di Babilon, kekecewaan menggantikan semangat awal di kalangan umat Tuhan yang mula tertanya-tanya sama ada Tuhan masih ada di kalangan umatNya. Zakharia, yang namanya bermaksud “Tuhan mengingati,” memulakan pelayanan kenabiannya beberapa bulan selepas Hagai memulakan pelayanannya (Hagai. 1:1, Zakharia 1:1).

Melalui siri penglihatan nubuatan, Zakharia mengetahui rencana Tuhan untuk masa kini dan masa depan. Kerajaan kekal Tuhan akan segra datang, tetapi nabi itu menyeru mereka yang hidup dalam zamannya untuk melayani Tuhan sekarang. Sebahagian besar buku itu berkisar kepada cara seruan itu dilakukan. Pelajaran minggu ini, dan berikutnya, kita akan melihat apa yang Tuhan singkapkan melalui Zakharia.

*Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 15 Jun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...